Helo.

aku Fairuz, seorang peminat senibina gaya industri yang berpengalaman hampir 12 tahun didalam bidang Mekanikal dan Elektrikal.

setiap hari bila aku bekerja di tapak bangunan, setiapkali tu juga aku rasa betapa cantiknya kalau dinding konkrit itu tidak dicat dan kesemua saluran wayar, batang paip tidak  di concealed. namun konsep hiasan macam nie masih lagi baru bagi sesetengah orang di dijadikan hiasan dalaman, memang ada yang aku nampak dah buat, tak masih tak ramai.

jadi, aku cuba kumpulkan segala idea -idea hiasan industri yang aku berkenaan sangat tu, disini.

kalau korang nak tahu, hiasan sebegini sebenarnya kosnya agak rendah, dan pada aku cantik pula tu.

lebih cantiknya bila korang boleh jadikan saluran wayar yang berselingkar atau suis lampu sebagai satu seni pada dinding. ditambah pula menggunakan barangan kitar semula dan juga tambahan hiasan pokok sebagai konsep menyayangi alam.

percayalah, pada aku memang mendamaikan.

atas minat yang mendalam dalam konsep ini, aku sudah mula jadikan rumah sendiri sebagai tempat untuk mencuba, dan ada juga beberapa projek yang sudah dijalankan secara part-time job hasil daripada permintaan dari rakan - rakan dan saudara mara.

aku akan kongsikan disini sebanyak mana juga projek yang aku dah buat.

jika korang nak bertanya tentang apa - apa, boleh emailkan pada aku dengan menggunakan tajuk blog sebagai subjek email.

kemodenan@gmail.com
+ beri sedikit masa untuk aku reply email korang, Terima Kasih.

Shop @Kemodenan