Elemen Hiasan Rotan Buat Gaya Moden Nampak Lebih Hidup.


Kerusi rotan, meja rotan dan banyak lagi hiasan rotan yang popular pada tahun 80an. Kat rumah mak abah kita boleh lihat setidak - tidaknya pasti ada satu kerusi rotan ataupun dulang rotan yang masih lagi kukuh dihias menarik pada dinding.

Aku tengok ramai jugak generasi kita yang rasakan produk rotan nie tak sesuai dengan dekorasi rumah mereka dan ramai yang buang ataupun simpan sahaja dalam bilik stor. Harapan aku dengan post kali ini, kita dapat keluarkan dan juga bersihkan semula kesemua barangan rotan tu dan mula mix and match dengan hiasan sedia ada. 

Sayang kalau barangan lama tak dipakai dan dibiarkan tanpa maintenance. Kalau kita selalu lapkan dan gunakannya pasti ia akan tahan lebih lama. Produk dari alam ini memang sangat bagus dan hanya perlukan air sahaja untuk buat ianya lebih kukuh dan cantik. 

Aku cuba share gambar yang bersesuaian dengan hiasan dalaman orang kita dan mungkin serba sedikit kita boleh tiru. 

Sekarang aku dalam proses make over rumah mengikut idea orang rumah aku.. kami pilih untuk buat gaya modern scandinavian supaya segala produk gaya industri yang aku hasilkan tu boleh di mix and match kan dengan tema rumah kami. Ada sedikit gambar diambil waktu kami sibuk mengecat, nanti aku share lah yea.

Sambil tu, mari tengok deko deko rotan nie.





















sumber // pinterest

You Might Also Like

0 comments

Shop @Kemodenan