Gaya Scandinavia dan Industri Bertemu Dan Hasilnya Sungguh Menarik.


Hiasan dalaman gaya scandinavia dah semakin hot aku tengok di Malaysia nie. Mungkin sebab konsepnya mudah diaplikasikan pada rumah kita.

Dindingnya mesti warna putih, supaya natural light yang masuk tu menerangi keseluruhan rumah dan segala hiasan perabut akan nampak ketara. Warna cat yang memang banyak digunakan kebanyakkan rumah di negara kita.

Isteri aku pun dah jatuh cinta pada dekorasi jenis ini. Mungkin projek kami seterusnya ialah makeover hiasan dalaman rumah kami ke gaya scandinavian ini. Aku ok jea, sebab lepas nie bolehlah projek, meja, lampu dan macam - macam lagi boleh dipasang terus, sebab lebih cantik kalau letak hiasan gaya industri untuk dekorasi jenis ini.

Aku suka pulak pada hiasan ini, hasil kreativiti arkitek Rusia bernama  Denis Krasikov yang masih remaja aku rasa. Sebab tu banyak betul elemen barangan industri digabungkan dalam hiasan dalaman ini.

Jom tengok apa yang boleh kita jadikan inspirasi dari gaya ini.


















sumber // freshome.com

You Might Also Like

0 comments

Shop @Kemodenan