Office Dengan Hiasan Dalaman Gaya Industry Yang Paling Awesome.


Ini sememangnya antara gaya industri yang paling gempak aku penah lihat, dengan penggunaan bahan kitar semula, natural light yang sangat banyak memasuki ruang pejabat, exposed services, bare finishing dan banyak lagi buat aku terkesima waktu melihat video ini.

Ini ialah pejabat EightyOne yang menggunapakaikan konsep berjimat tapi cun abis, yang mana hiasan dalamannya dilakukan oleh Inside Design yang memang menitikberatkan ciri - ciri gaya industry dalam hiasannya.

Asalnya waktu mereka memasuki ruang ini, kira baru menyewa, mereka tak berkenan sungguh dengan siling bertutup dan juga lantainya yang berkarpet, habis dibuka oleh mereka dan menambah beberapa hiasan seperti dinding kayu dan juga pintu kayu sliding itu.

Hasilnya.. memang superb bagi aku.

Agaknya kalau aku diberi peluang untuk buat hiasan dalaman office, mau aku buat macam nie, atau lebih sikit dengan menambahkan lagi design exposed conduit di dinding sebanyak mungkin.

Apepun korang lihat sendiri dan nilaikan apakah logik aku memuji - muji office ini sebegitu rupa.

Fairuz
 

You Might Also Like

0 comments

Shop @Kemodenan