Tip Memilih Jubin


Terima kasih pada yang emailkan pada aku di kemodenan@gmail.com tentang pelbagai soalan berkenaan bidang dekorasi ini. Aku cuba jawab satu persatu dan kongsikan disini supaya lebih ramai yang boleh mendapat manfaat daripada soalan yang diutarakan ini.

Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang pemilihan jubin untuk dekorasi rumah. Lately habis jubin di rumah ini retak dan yang didinding semakin melendut macam nak tertanggal. Bila tanyakan pada kawan - kawan kenapa jadi macam nie, katanya 'musim'. 

Boleh tahu kenapa jadi macam nie yea, ada tips untuk saya ikuti kalau nak tukar yang baru.

Terima Kasih,

Madi.


Jawapan 

Ada beberapa perkara yang korang perlu tahu dahulu. Masalah jubin (tiling) ini sebenarnya terletak pada cara ianya dipasang, yang mana kalau dipasang tidak betul akan membawa kepada masalah - masalah seperti ditanyakan tadi. Ia juga berkait dengan penyediaan permukaan dinding untuk memastikan gam simen yang selalunya panggil MAPEI, 'mengigit' atau melekat dengan sempurna ketika dipasang. Bancuhan ratio air dan simen ini juga hendaklah betul bagi mendapatkan adhesive yang dijanjikan.

Terdapat 2 cara berbeza untuk penyediaan dinding yang hendak diberikan sentuhan tiling ini:

1. Memasang pada dinding yang sudah mempunyai jubin / tiling :

Pada kes ini, tiles yang ada pada dinding mestilah dibuang dahulu bersama-sama dengan bekas simen gam yang lama. Permukaan yang telah dibersihkan mestilah di kasarkan samada menggunakkan tukul dan pahat atau hacker drill

2. Mengaplikasi pada  dinding yang bercat ataupun konkrit : 

Bagi memasang pada dinding seperti ini, permukaan perlulah dikasarkan samada menggunakan tukul atau hacker drill. Ya, sama seperi kaedah yang nombor 1 tadi. Pada permukaan konkrit biasa nya 'spatterdash' akan dibuat bagi memberikan permukaan kasar sebab kalau nak kasarkan dinding konkrit, jawabnya delay la dinding tu!

Kalau kita tengok apa yang aku bagitau tadi, kedua-duanya berkait dengan penyediaan permukaan. Nasihat aku, cuba gunakan kontraktor yang bagus (risik sikit berdasarkan hasil kerja mereka sebelum ini) untuk melihat pengalaman mereka dari segi pemasangan jubin ini. Sesetengah kontraktor akan memberikan kualiti tiling yang sangat bagus dimana takde curik makan!

Kesalahan itu tidaklah 100% diletakkan pada kontraktor, ini kerana kita sebagai pelanggan pun tak boleh terlalu memaksa mereka dalam mempercepatkan proses pemasangan jubin ini

Untuk pemilihan dan pemasangan jubin, ini antara kriteria yang aku rasakan perlu untuk korang ambil kira.

- Ambil orang yang dikategorikan sebagai Pro dalam bidang pemasangan jubin. Walaupun dia ialah dari perniagaan kecil, tapi kalau dah biasa pasang jubin, better korang deal dengan mereka dari kontraktor yang nampak besar tapi workers mereka belum tentu dalam kategori pro.

- Pilih jubin yang branded (branded tak semestinya mahal yea) untuk pastikan ianya kukuh, tak mudah retak dan tahan lama. Yang ini korang boleh google dan baca forum tentang mereka yang kata penggunaan jubin mana yang sangat tahan dari zaman 1980an lagi.. selalunya brand2 ini ada kat rumah - rumah lama dan tahan jea.

- Gunakan jubin mengikut kesesuaian penggunaanya. Contohnya kalau jubin indoor, tak sama kualiti dengan outdoor, pastinya yang outdoor lebih tebal dan kukuh dan kesat. Pernah aku pegi satu tempat nie, dia gunakan tiles paling murah yang nipis dan berkilat, dah la licin, kalau hujan memang bahaya budak - budak nak jalan. Dah tu selepas sebulan habis retak - retak semuanya. Aku ade lah tegur dan lepas beberapa bulan bila dah teruk sangat, dia tukar baru n gunakan yang bersesuaian.

- Gam jubin tu pastikan betul - betul kering sebelum kita pijak ataupun gunakannya. kalau gam tu kering dalam bentuk senget, itu yang sebelah yang terangkat itu nanti akan mudah pecah kalau kerap dipijak.

 Fairuz










Sumber

You Might Also Like

0 comments

Shop @Kemodenan