Hias rumah guna blok konkrit.


aku tengok ramai yang dah mula share pasal nie, dan gambar - gambarnya sangat menarik perhatian. ini pun termasuk dalam kategori hiasan dalaman gaya industri. ternyata memang cantik dan menjimatkan.

blok konkrit yang bersaiz besar siapa sangka boleh jadi pasu, kerusi dan banyak lagi. jadi korang tengoklah mana yang ok, boleh la cuba DIY kan. aku sebab duduk rumah bertingkat, kalau rumah bawah memang dah selamat buat satu.

idea macam jadikan sofa tu, boleh jea kita beli tilam kekabu dan susun konkrit ikut saiz tilam tu. dan untuk rumah yang anda anak kecil, bolehla drill papan tu pada konkrit ataupun simenkan sahaja.
sila tengok idea - idea yang aku dah kumpulkan nie, nanti kalau ada yang menarik aku kumpulkan lagi. mana tau dari tak tahu jadi tahu dan dari idea nak buat A jadi A++ pulak.

lagi satu, blok konkrit nie tak semestinya rumah deko industri baru boleh buat. konsep mix and match pun boleh apply kat sini.

- Fairuz







































sumber

ispaci.com
dwell.com
hotelsiamsawasdee.com
maikonagao.blogspot.my
amazinginteriordesign.com


You Might Also Like

0 comments

Shop @Kemodenan